Pages

Tuesday, July 12, 2011

Belanjawan Panitia Pendidikan Islam Suku kedua 2011

bajet suku kedua

Monday, July 11, 2011

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1

Skima Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Tingkatan 1

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 2011

skema Peperiksaan Pertengahan Tingkatan 2 2011

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3

skema Peperiksaan Pertengahan Tingkatan 3 2011

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 Kertas 1 2011

skema Peperiksaan Pertengahan Tingkatan 5 kertas 1 2011

Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 Kertas 2 2011

skema Peperiksaan Pertengahan Tingkatan 5 kertas 2 2011

Sunday, July 10, 2011

Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Pendidikan Islam Tingkatan Tiga 2011

Post Mortem Keputusan Tengah Tahun f0rm 3 2011

Tuesday, July 5, 2011

Teka Silang Islamik sempena Isra' Mikraj


Hadiah menarik menanti pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat dan cepat

Wednesday, March 30, 2011

Tahniah kepada peserta SMK Tun Mutahir mtqss kawasan bukit Cina

Tempat kedua syarahan Perempuan adik Thaheera binti Idris

Johan Hafazan perempuan adik Nur Iwani Husna binti Bahiki

Tahniah juga kepada peserta yang lain kerana berjaya mewakili sekolah dan mendapat tempat (keempat insyaAllah)

Friday, March 25, 2011

Post Mortem Keputusan SPM Pendidikan Islam SMK Tun Mutahir 2010

POST MORTEM KEPUTUSAN SPM 2010

Post Mortem Keputusan Pmr 2010

Wednesday, March 9, 2011

Ujian Berkala 1 Pendidikan Islam (soalan dan skema)

Tingkatan Satu
ub1_1_2011
Skema ub1_1_2011

Tingkatan Dua
ub1_2_2011
skema ub1_2_2011
Tingkatan 3
soalan ub1_3_2011

skema ub1_3_2011

Wednesday, February 16, 2011

Pertandingan Puzzle Jawi MaulidurRasul

Syarat syarat Pertandingan
1. Terbuka hanya kepada pelajar sekolah SMK TUN MUTAHIR
2. Setiap kumpulan diwakili oleh 5-6 orang ahli
3. Pemenang ditentukan mengikut masa yang paling cepat
4. Keputusan Hakim adalah Muktamad

Hadiah Utama
Hamper dan gadget komputer

tarikh tutup penyertaan 23.2.2011

Jadual Pengubal dan Penyelaras Soalan Peperiksaan 2011



Jadual Pengubal dan Penyelaras Soalan Peperiksaan 2011
Tarikh.Peperiksaan 7 MAC -11MAC 16 MEI -27 MEI 25 JULAI - 29 JULAI 17 OKTOBER-21 OKTOBER
Tingkatan 1. Ustazah Fazilah UB1 9 Mac (2.30-3.30) Pertengahan Tahun UB 2 Akhir Tahun
Tingkatan 2. Ustaz Abdul Razak UB1 9 Mac (2.30-3.30) Pertengahan Tahun UB 2 Akhir Tahun
Tingkatan 3. Ustazah Nor Azlina UB1 7 Mac (11.00-12.30) Pertengahan Tahun TIADA Percubaan PMR 8 OGOS 12OGOS
Tingkatan 4. Ustazah Norazmah UB1 8 Mac (9.30-10.30) Pertengahan Tahun UB 2 Akhir Tahun
Tingkatan 5. Ustaz Rosle UB1 8 Mac (9.30-10.30) Pertengahan Tahun UB 2 Percubaan SPM 12 SEPTEMBER-30 SEPTEMBER

Contoh Table 2

Tuesday, February 15, 2011

Saturday, February 5, 2011

Pertandingan Melukis Lakaran Sepanduk maulidurRasul

Syarat syarat Pertandingan
1. Terbuka hanya kepada pelajar sekolah SMK TUN MUTAHIR
2. Hanya menggunakan tulisan Jawi
3. Warna tidak melebehi 4 warna
4. Setiap lakaran sepanduk dibenar menggunakan
-Logo sekolah
-Hiasan Tambahan

Hadiah Utama
-Pendrive 4gb
Hadiah Tambahan
-Gadget Komputer

tarikh tutup penyertaan 10.2.2011




Sunday, January 23, 2011

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM MAAL HIJRAH 2011 SMK TUN MUTAHIR

Persiapan tempat sebelum dan selepas
En. Nor Hisham bin Zainuddin
En. Yussup bin Ismail

Pengerusi majlis
Ustaz Rosle Mahat

Buku Program Nota Edaran
Ustaz Abdul Razak Baba

Persembahan Nasyid Maal Hijrah
Ustazah Fazilah Hussin
Pn. Siti Munirah Shahari
En. Muhammad Izuan bin Rejab

Persembahan Bercerita Multimedia
Ustazah Norazmah Ashary
Puan Norazila binti Zakaria
Pn. Hjh Rozita binti Mohd Saad

Pertandingan Kuiz
Ustaz Rosle Mahat
Cik Nurfadiah binti Muhammad
Cik Nor Eleeza bintiAmir
Pn. Roshaya bin Mohd Sohor
En.Nazrul Fazley
En. Kamaruddin bin Abu Bakar
Pengawas P.A. Sistem

AJK jamuan bubur asyura Ustazah Norazlina Sidek
Cik NoorAzrina Ruhaida
Pn. Hamizilawati binti Ishak
Pn. Khatirina bt Mat Shah
Pn. Zawiyah binti Mohammad
Pn. Hasnah binti Seman

AJK Kawalan Disiplin En Salleh bin Wahid
Pn Siti Rokhana Othman

Saturday, January 22, 2011

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA TAHUN 2011 SMK TUN MUTAHIR

Tarikh : 8 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 hingga 10.45 petang.
Tempat : Kelas Tingkatan 1D

Kehadiran :
Ustaz Haji Abdul Razak Baba
Ustaz Haji Sajat Ahmad
Ustazah Norazlina Sidek
Ustazah Fazilah Hussin
Ustazah Norazmah Ashary

Urusetia Mesyuarat : Ustazah Fazilah Hussin




1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua ustaz dan ustazah yang hadir. Majlis di mulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah.
1.2 Beliau melahirkan rasa gembira kerana semua ustaz ustazah dapat hadir. Beliau berharap semua guru pendidikan Islam sekolah SMK Tun Mutahir akan bekerjasama menggembling tenaga dalam melaksanakan tanggungjawab dan pelbagai aktiviti pada tahun 2011, Insya Allah.

Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit.

2.1 Disahkan oleh Ustazah Norazlina Sidek dan disokong oleh Ustazah Norazmah Ashary.

Tindakan : Makluman

3.0 Bangkitan minit

3.1 Perkara 3.1 Solat Zohor dan Asar akan cuba diselaraskan pada waktu petang. Untuk tujuan itu semua guru PI petang diminta member jadual waktu pada ketua Panitia untuk tujuan penyelarasan waktu solat.
Tindakan : Ketua Panitia

3.2 Berkaitan perkara 4.0 iaitu post mortem SPM tahun lepas guru PI diingatkan supaya mengambil peringatan untuk meningkatkan pencapaian pada tahun ini kerana pelajar SPM pada tahun ini adalah pelajar PMR yang berkualiti pada tahun 2009.

Tindakan : Guru PI Tingkatan 5


4.0 Post Mortem PMR 2010

4.1 Keputusan Pendidikan Islam dalam PMR pada tahun 2010 mengalami penurunan dari segi gred purata dan juga jumlah pelajar mendapat A. GP telah menurun kepada 3.10 berbanding 2.87 pada tahun 2009 manakala jumlah pelajar mendapat hanya 11 orang.

Tindakan : Ustaz Abdul Razak

4.2 Bagaimanapun jika diamati terdapat pengurangan dari jumlah pelajar yang gagal. Jika ditolak 15 orang pelajar pendidikan Khas hanya 5 orang sahaja pelajar SMKTMu yang gagal dalam Pendidikan Islam PMR yang lalu.

4.3 Berikut adalah sebab berlakunya penurunan :
- Guru tidak cukup masa untuk mengatasi masalah sikap negetif pelajar seperti tidak buat nota dan tidak menghantar buku latihan.
- Guru tidak dapat membimbing pelajar yang tidak boleh membaca al quran, hafazan dan jawi dengan efisen.
- Calon tidak hadir program-program yang dianjurkan panitia dan juga kelas tambahan yang diadakan oleh guru.
- Calon tidak mahir bacaan al Quran dan tulisan jawi.
- Pelajar tidak berinisiatif dan banyak bergantung kepada guru semata-mata.

Tindakan : Makluman

4.4 Bagi menambah baik pencapaian pada tahun 2011 dicadangkan perkara-perkara berikut :
- Banyakkan latihan bertulis.
- Mengadakan perbincangan kumpulan dan pembentangan hasil kerja.
- Menggalakkan perjumpaan guru dengan pelajar selepas waktu kelas untuk membincangan masalah pembelajaran.
- Guru perlu berbincang, bertukar-tukar idea dan banyak membaca untuk menjadikan P&P lebih berkesan.
- Mempelbagaikan buku kerja.
- Menggunakan ABM dalam P&P.

Tindakan : Makluman

5.0 Pelan perlaksanaan strtegik 2011

5.1 Bagi meningkatkan kekuatan sedia ada melalui program pemantapan kualiti P&P tujuh aktiviti telah dirancang.
5.2 Dalam program pemantapan teknik belajar guru PI diminta mengadakan aktiviti seperti membuat folio , menggunakan peta minda, membuat program gemilang jawi dan Celik Al Quran.
5.3 Semua aktiviti yang telah dirancang perlulah dijalankan secara kolektif dan bermusyawarah. Jika terdapat masalah dalam mengimplementasikannya perlulah dibawa berbincang supaya langkah-langkah sesuai dapat diambil.

( Sila rujuk lampiran Pelan Perlaksanaan Strategik 2011 yang disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam).

Tindakan : Makluman


6.0 Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah ( PBS )

Berikut adalah jadual membuat dan menyediakan soalan sepanjang tahun 2011:

Peperiksaan
Tingkatan
UBK 1 PERTENGAHAN TAHUN UBK 2 AKHIR TAHUN
1 Ustazah Fazilah Ustazah Fazilah Ustazah Fazilah Ustzh Fazilah
2 Ustaz Abdul Razak Ustaz Abdul Razak Ustaz Abdul Razak Abdul Razak
3 Ustzh Norazlina Ustzh Norazlina Ustzh Norazlina Norazlina
4 Ustzh Norazmah Ustzh Norazmah Ustzh Norazmah Norazmah
5 Ustaz Rosle Ustaz Rosle Ustaz Rosle Ustaz Rosle Ustaz Rosle


Tindakan : Semua GPI



7.0 Hal-hal lain.

7.1 Ketua panitia mengingatkan guru-guru supaya membuat inovasi dalam P&P dan juga program-program yang telah dirancang sepanjang tahun ini. Beliau mengingatkan inovasi haruslah mencakupi pelbagai aspek sepeti objektif, kesan, kos dan masa.
7.2 Sebagai langkah inovasi yang pertama semua GPI perlu membuka akaun email.
7.3 Satu blog khas GPI SMKTMu akan dibangunkan untuk memudahkan GPI berinteraksi dan berkomunikasi. Blog itu boleh dilayari di alamat. http://ppismktm68.blogspot.com/
7.4 Program pertama mengikut taqwim sekolah ialah sambutan Maal Hijrah pada 20 Januari 2011 khamis.

Tindakan : Makluman

8.0 Penutup

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.



Disediakan oleh : Ustazah Fazilah Hussin
Disemak oleh : Ustaz haji Abdul Razak Baba ( Ketua Panitia )
Tarikh : 9 Januari 2011.

ANALISIS SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR 1993-2010