Pages

Saturday, January 22, 2011

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA TAHUN 2011 SMK TUN MUTAHIR

Tarikh : 8 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 hingga 10.45 petang.
Tempat : Kelas Tingkatan 1D

Kehadiran :
Ustaz Haji Abdul Razak Baba
Ustaz Haji Sajat Ahmad
Ustazah Norazlina Sidek
Ustazah Fazilah Hussin
Ustazah Norazmah Ashary

Urusetia Mesyuarat : Ustazah Fazilah Hussin




1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran semua ustaz dan ustazah yang hadir. Majlis di mulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah.
1.2 Beliau melahirkan rasa gembira kerana semua ustaz ustazah dapat hadir. Beliau berharap semua guru pendidikan Islam sekolah SMK Tun Mutahir akan bekerjasama menggembling tenaga dalam melaksanakan tanggungjawab dan pelbagai aktiviti pada tahun 2011, Insya Allah.

Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan mengesahkan minit.

2.1 Disahkan oleh Ustazah Norazlina Sidek dan disokong oleh Ustazah Norazmah Ashary.

Tindakan : Makluman

3.0 Bangkitan minit

3.1 Perkara 3.1 Solat Zohor dan Asar akan cuba diselaraskan pada waktu petang. Untuk tujuan itu semua guru PI petang diminta member jadual waktu pada ketua Panitia untuk tujuan penyelarasan waktu solat.
Tindakan : Ketua Panitia

3.2 Berkaitan perkara 4.0 iaitu post mortem SPM tahun lepas guru PI diingatkan supaya mengambil peringatan untuk meningkatkan pencapaian pada tahun ini kerana pelajar SPM pada tahun ini adalah pelajar PMR yang berkualiti pada tahun 2009.

Tindakan : Guru PI Tingkatan 5


4.0 Post Mortem PMR 2010

4.1 Keputusan Pendidikan Islam dalam PMR pada tahun 2010 mengalami penurunan dari segi gred purata dan juga jumlah pelajar mendapat A. GP telah menurun kepada 3.10 berbanding 2.87 pada tahun 2009 manakala jumlah pelajar mendapat hanya 11 orang.

Tindakan : Ustaz Abdul Razak

4.2 Bagaimanapun jika diamati terdapat pengurangan dari jumlah pelajar yang gagal. Jika ditolak 15 orang pelajar pendidikan Khas hanya 5 orang sahaja pelajar SMKTMu yang gagal dalam Pendidikan Islam PMR yang lalu.

4.3 Berikut adalah sebab berlakunya penurunan :
- Guru tidak cukup masa untuk mengatasi masalah sikap negetif pelajar seperti tidak buat nota dan tidak menghantar buku latihan.
- Guru tidak dapat membimbing pelajar yang tidak boleh membaca al quran, hafazan dan jawi dengan efisen.
- Calon tidak hadir program-program yang dianjurkan panitia dan juga kelas tambahan yang diadakan oleh guru.
- Calon tidak mahir bacaan al Quran dan tulisan jawi.
- Pelajar tidak berinisiatif dan banyak bergantung kepada guru semata-mata.

Tindakan : Makluman

4.4 Bagi menambah baik pencapaian pada tahun 2011 dicadangkan perkara-perkara berikut :
- Banyakkan latihan bertulis.
- Mengadakan perbincangan kumpulan dan pembentangan hasil kerja.
- Menggalakkan perjumpaan guru dengan pelajar selepas waktu kelas untuk membincangan masalah pembelajaran.
- Guru perlu berbincang, bertukar-tukar idea dan banyak membaca untuk menjadikan P&P lebih berkesan.
- Mempelbagaikan buku kerja.
- Menggunakan ABM dalam P&P.

Tindakan : Makluman

5.0 Pelan perlaksanaan strtegik 2011

5.1 Bagi meningkatkan kekuatan sedia ada melalui program pemantapan kualiti P&P tujuh aktiviti telah dirancang.
5.2 Dalam program pemantapan teknik belajar guru PI diminta mengadakan aktiviti seperti membuat folio , menggunakan peta minda, membuat program gemilang jawi dan Celik Al Quran.
5.3 Semua aktiviti yang telah dirancang perlulah dijalankan secara kolektif dan bermusyawarah. Jika terdapat masalah dalam mengimplementasikannya perlulah dibawa berbincang supaya langkah-langkah sesuai dapat diambil.

( Sila rujuk lampiran Pelan Perlaksanaan Strategik 2011 yang disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam).

Tindakan : Makluman


6.0 Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah ( PBS )

Berikut adalah jadual membuat dan menyediakan soalan sepanjang tahun 2011:

Peperiksaan
Tingkatan
UBK 1 PERTENGAHAN TAHUN UBK 2 AKHIR TAHUN
1 Ustazah Fazilah Ustazah Fazilah Ustazah Fazilah Ustzh Fazilah
2 Ustaz Abdul Razak Ustaz Abdul Razak Ustaz Abdul Razak Abdul Razak
3 Ustzh Norazlina Ustzh Norazlina Ustzh Norazlina Norazlina
4 Ustzh Norazmah Ustzh Norazmah Ustzh Norazmah Norazmah
5 Ustaz Rosle Ustaz Rosle Ustaz Rosle Ustaz Rosle Ustaz Rosle


Tindakan : Semua GPI



7.0 Hal-hal lain.

7.1 Ketua panitia mengingatkan guru-guru supaya membuat inovasi dalam P&P dan juga program-program yang telah dirancang sepanjang tahun ini. Beliau mengingatkan inovasi haruslah mencakupi pelbagai aspek sepeti objektif, kesan, kos dan masa.
7.2 Sebagai langkah inovasi yang pertama semua GPI perlu membuka akaun email.
7.3 Satu blog khas GPI SMKTMu akan dibangunkan untuk memudahkan GPI berinteraksi dan berkomunikasi. Blog itu boleh dilayari di alamat. http://ppismktm68.blogspot.com/
7.4 Program pertama mengikut taqwim sekolah ialah sambutan Maal Hijrah pada 20 Januari 2011 khamis.

Tindakan : Makluman

8.0 Penutup

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.



Disediakan oleh : Ustazah Fazilah Hussin
Disemak oleh : Ustaz haji Abdul Razak Baba ( Ketua Panitia )
Tarikh : 9 Januari 2011.

No comments:

Post a Comment